Monday, September 12, 2022

INISIATIF FOOD@ CAMPUS

 

INISIATIF FOOD@CAMPUS KELUARGA MALAYSIA 2.0 BANTU RINGANKAN BEBAN PELAJAR IPT

5 Julai 2022 - YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah merasmikan inisiatif FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia 2.0 di Lobi Kementerian Pengajian Tinggi.

Inisiatif ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2021 selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan mahasiswa sepertimana yang digariskan dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menerusi Lonjakan 1 : Melahirkan Mahasiswa yang Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.

Antara objektif inisiatif FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia ialah membantu meringankan tanggungan perbelanjaan makanan harian pelajar daripada golongan B40 bersasar di IPT serta menggalakkan tambahan inisiatif kebajikan makanan kepada pelajar daripada golongan B40 bersasar di IPT melalui sumbangan tabung kebajikan, badan wakaf dan zakat serta agensi yang bertanggungjawab.

Dalam majlis ini, YB Menteri telah menyampaikan mock cheque berjumlah RM 1 juta melalui Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia untuk diberikan kepada Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memastikan kelestarian inisiatif ini.

YB Menteri turut melancarkan pertandingan mencipta logo Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai salah satu platform memacu penghasilan lebih ramai Creativepreneur dalam kalangan para pelajar IPT. Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Ybhg. Dato' Prof Dr. HUsaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg. Prof. Dr. Nor Hisham Hamid, Pengerusi Majlis Hal Ehwal Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan wakil pelajar IPT.



Wednesday, August 3, 2022

KENYATAAN RASMI MENTERI KPT

 

Ringkasan dari kenyataan Menteri KPT tersebut.




INISIATIF MENANGANI KOS SARA HIDUP SISWA

 

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengemukakan tujuh inisiatif bagi menangani kos sara hidup mahasiswa di kampus. Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Tindakan Siswa Keluarga Malaysia pada Selasa lalu.

Mesyuarat bersetuju memberi pengecualian bayaran sewaan enam bulan kepada pengusaha kafeteria dan perkhidmatan makanan di institut pengajian tinggi awam (IPTA), katanya dalam kenyataan pada Khamis. Menurutnya mesyuarat juga bersetuju menu Keluarga Malaysia RM 3.50 dibawah inisiatif Bakul Makanan Siswa hendaklah bersesuaian dan mengambilkira kepelbagaian komposisi kaum di IPT. Bagi memantau kenaikan harga dan kos barangan dan perkhidmatan yang melibatkan sara hidup siswa di IPT, Pasukan Pemantau KPT Kos Sara Hidup Siswa (KPTPantau) akan melaksanakan pemantauan secara berterusan katanya.

Beliau berkata inisiatif Food Bank akan diperkasakan menerusi penubuhan Hab Food Bank Siswa yang berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa.

Monday, July 18, 2022

JAWATANKUASA KHAS PANTAU KOS SARA HIDUP PELAJAR IPT

 

TANJUNG MALIM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan kawatankuasa khas bagi memantau kos sara hidup dalam kalangan pelajar kampus institut pengajian tinggi (IPT) yang kini terpaksa menanggung kenaikan harga makanan. Timbalan Menteri, Datuk Dr Masrizal Muhammad, berkata jawatankuasa khas berkenaan akan dipimpin kalangan pelajar dan dibantu IPT di seluruh negara.

Jawatankuasa itu akan diwujudkan menjelang Ogos depan sebagai persiapan dengan kemasukan pelajar baharu dan yang menyambung pengajian kembali semula ke kampus masing-masing. "KPT bersedia untuk mewujudkan jawatankuasa khas memantau kos sara hidup ini kerana kita tahu kesan dan situasi yang dihadapi pelajar kampus hari ini."

Melalui jawatankuasa khas ini, kita mahu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memainkan peranan yang aktif kerana mereka ini bukan sahaja dekat dengan pelajar tetapi mempunyai data yang kuat kepada mereka yang terkesan. Kita mahu ia diwujudkan secepat mungkin kerana pada Ogos depan, lebih ramai pelajar akan masuk semula ke kampus dan sudah tentu kita tidak mahu mereka terkesan dengan kos sara hidup sehingga memberi kesan kepada pengajian", katanya ditemui selepas membuat lawatan mengejut di Cafe Kolej Harun Aminurrasid di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ni.

Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin. Mengulas mengenai menu Keluarga Malaysia bernilai RM 3.50, Ahmad Masrizal berkata, ia mendapat sambutan baik daripada pelajar kampus dan peniaga makanan sendiri berupaya untuk menyediakan makanan berkenaan.

Rata-rata pelajar yang ditemui gembira dengan harga jualan itu kerana mereka yang kurang berkemampuan untuk berbelanja lebih mampu memanfaatkan harga berkenaan. Malah peniaga sendiri berkata mampu menyediakan harga makanan itu untuk pelajar sekurang-kurangnya bagi sarapan untuk mereka bersedia sepanjang hari dan meneruskan pengajian tanpa perut kosong," katanya.

Mungkin ada penjual menyedikan makanan seperti nasi goreng, bihun goreng atau nasi lemak. Ia pilihan peniaga kerana kita tiada menu yang khusus namun makanan yang disediakan untuk pelajar perlulah bersesuaian iaitu cukup mereka tidak berlapar dan mampu mengalas perut.

Kerajaan juga sudah memberikan monatorium kepada peniaga dan kos yang dikecualikan itu perlu digunakan untuk membantu pelajar. Jika makanan yang disediakan itu sedikit, ia patut diperbanyakkan." katanya. Ahmad Masrizal turut memuji UPSI kerana mengatur pelbagai inisiatif untuk memastikan pelajar mereka tidak kelaparan antaranya menu makanan tengahari dan makan malam bernilai RM 5.00 serta Food Bank, hasil pemotongan gaji oleh kakitangan universiti.

Adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan secara kolektif dan mengamalkan satu semangat untuk membantu mereka yang terkesan. Saya amat berharap usaha yang ditunjukkan UPSI ini menjadi satu contoh yang baik kepada IPT-IPT yang lain untuk mencipta inisiatif sendiri yang boleh dimanfaatkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan," katanya.


Sumber Berita Harian

FOOD@CAMPUS

 






SESI LIBAT URUS

 


Bersama-sama ini dilampirkan slide pembentangan Sesi Libat Urus ini kepada Mesyuarat Pengurusan PMS pada 28.07.2022 agar dapat memberi maklumat yang jelas kepada ahli mesyuarat berkaitan dengan dasar KPT untuk membantu mahasiswa yang mengalami masalah kewangan.

INISIATIF FOOD@ CAMPUS

  INISIATIF FOOD@CAMPUS KELUARGA MALAYSIA 2.0 BANTU RINGANKAN BEBAN PELAJAR IPT 5 Julai 2022 - YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Penga...