TANJUNG MALIM : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan kawatankuasa khas bagi memantau kos sara hidup dalam kalangan pelajar kampus institut pengajian tinggi (IPT) yang kini terpaksa menanggung kenaikan harga makanan. Timbalan Menteri, Datuk Dr Masrizal Muhammad, berkata jawatankuasa khas berkenaan akan dipimpin kalangan pelajar dan dibantu IPT di seluruh negara.
Jawatankuasa itu akan diwujudkan menjelang Ogos depan sebagai persiapan dengan kemasukan pelajar baharu dan yang menyambung pengajian kembali semula ke kampus masing-masing. "KPT bersedia untuk mewujudkan jawatankuasa khas memantau kos sara hidup ini kerana kita tahu kesan dan situasi yang dihadapi pelajar kampus hari ini."
Melalui jawatankuasa khas ini, kita mahu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memainkan peranan yang aktif kerana mereka ini bukan sahaja dekat dengan pelajar tetapi mempunyai data yang kuat kepada mereka yang terkesan. Kita mahu ia diwujudkan secepat mungkin kerana pada Ogos depan, lebih ramai pelajar akan masuk semula ke kampus dan sudah tentu kita tidak mahu mereka terkesan dengan kos sara hidup sehingga memberi kesan kepada pengajian", katanya ditemui selepas membuat lawatan mengejut di Cafe Kolej Harun Aminurrasid di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ni.
Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin. Mengulas mengenai menu Keluarga Malaysia bernilai RM 3.50, Ahmad Masrizal berkata, ia mendapat sambutan baik daripada pelajar kampus dan peniaga makanan sendiri berupaya untuk menyediakan makanan berkenaan.
Rata-rata pelajar yang ditemui gembira dengan harga jualan itu kerana mereka yang kurang berkemampuan untuk berbelanja lebih mampu memanfaatkan harga berkenaan. Malah peniaga sendiri berkata mampu menyediakan harga makanan itu untuk pelajar sekurang-kurangnya bagi sarapan untuk mereka bersedia sepanjang hari dan meneruskan pengajian tanpa perut kosong," katanya.
Mungkin ada penjual menyedikan makanan seperti nasi goreng, bihun goreng atau nasi lemak. Ia pilihan peniaga kerana kita tiada menu yang khusus namun makanan yang disediakan untuk pelajar perlulah bersesuaian iaitu cukup mereka tidak berlapar dan mampu mengalas perut.
Kerajaan juga sudah memberikan monatorium kepada peniaga dan kos yang dikecualikan itu perlu digunakan untuk membantu pelajar. Jika makanan yang disediakan itu sedikit, ia patut diperbanyakkan." katanya. Ahmad Masrizal turut memuji UPSI kerana mengatur pelbagai inisiatif untuk memastikan pelajar mereka tidak kelaparan antaranya menu makanan tengahari dan makan malam bernilai RM 5.00 serta Food Bank, hasil pemotongan gaji oleh kakitangan universiti.
Adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan secara kolektif dan mengamalkan satu semangat untuk membantu mereka yang terkesan. Saya amat berharap usaha yang ditunjukkan UPSI ini menjadi satu contoh yang baik kepada IPT-IPT yang lain untuk mencipta inisiatif sendiri yang boleh dimanfaatkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan," katanya.
Sumber Berita Harian
No comments:
Post a Comment